Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Keusahawanan:
Kampung Kuala Sibuti merupakan sebuah kampung yang terletak di persisiran pantai yang menjadikan tarikan utama kepada pengunjung dalam dan luar negara. Oleh itu, terdapat beberapa tempat penginapan yang disediakan oleh pengusaha atau pemilik rumah tumpangan (homestay) untuk para pelancong. Salah seorang pemilik rumah tumpangan di kawasan berkenaan ialah En. Ismandi Ramli. Untuk sebarang tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 019 4686828.
Pengusaha kuih muih tradisional
Puan Jejut telah mula berjinak berniaga kuih muih pada tahun 2010. Peniagaan dijalankan di Pasar Tamu Bekenu, Pekan Bekenu. Penjualan kuih adalah terdiri daripada kuih tradisional seperti penyaram dan redam serta kek. Bagi penjualan kek dan biskut dibuat mengikut musim perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Selepas mengikuti beberapa kelas keusahawanan yang diadakan PIK Sibuti, pembelajaran dalam pembuatan kuih muih telah menjadi lebih meluas. Pelbagai variasi kek dan biskut dapat dicuba serta meluaskan perniagaan. Untuk sebarang tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 014-3593029.
Pengusaha nasi lemak
Puan Amy telah memulakan perniagaan sekitar tahun 2013 bersama ibu. Selepas itu, mengambil langkah berniaga sendiri secara kecil-kecilan dari tahun 2015 sehingga sekarang. Sebelum menjalani latihan ICT di PIK Sibuti, pelanggan kurang dan pendapatan jualan juga kurang memuaskan. Selepas menjalani latihan yang telah dianjurkan oleh pihak PIK, pelanggan bertambah. Selain itu, idea perniagaan juga bertambah seperti dapat mencuba pelbagai resipi baru dan bertukar resipi dengan rakan-rakan melalui facebook. Hubungi Puan Amy untuk sebarang tempahan di talian 010-5471105.
Pengusaha Ikan Salai Dan Ikan Masin
Puan Selina merupakan pengusaha ikan salai dan ikan masin yang dikenali penduduk setempat. Beliau telah mula berniaga sejak tahu 2003 lagi. Beliau akan menghantar produk jualannya ke Pekan Batu Niah. Puan selina sering menghadapi kekangan masa kerana beliau perlu membahagikan masa untuk berniaga dan membuat ikan masin dan ikan salai kemudian menghantarnya ke Pekan Batu Niah. Tambahan pula, proses membuat ikan masin bergantung pada cuaca. Namun, Selepas penglibatannya secara aktif dengan PIK, beliau telah mula berniaga secara atas talian dan menerima tempahan melalui whatapps. Hasil tempahan produk semakin bertambah. Selain itu, beliau juga diajar cara menguruskan masa dengan lebih efektif. Kesannya, beliau boleh berniaga secara langsung dan juga secara atas talian. Untuk sebarang tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 011-26813304.
Pengusaha Kerepek Pisang Dan Kerepek Ubi
Puan Aieda telah memulakan perniagaannya pada tahun 2012. Pada kebiasannya, para pelanggannya adalah terdiri daripada penduduk Kampung Kuala Sibuti itu sendiri. Di samping itu, beliau juga ada membuat penghantaran ke sekolah menengah, kedai-kedai runcit, dan juga tamu-tamu yang berhampiran. Selepas penglibatannya dengan PIK, beliau telah mula berniaga secara atas talian dan menerima tempahan melalui aplikasi whatapps. Tambahan pula, beliau telah mempelajari cara-cara untuk memasarkan produknya. Selain itu, beliau juga mempelajari tentang pengurusan perniagaan secara kecil-kecilan agar perniagaannnya lebih maju.
Perniagaan Sewaan Bot & Perikanan (Jualan Ikan Secara Langsung)
Puan Fauziah dan suami memulakan perniagaan sewaan bot ini dengan bantuan Transformasi Nelayan di bawah program LKIM. Perniaagaan ini mula beroperasi sekitar 2014. Sebelum penglibatannya dalam aktiviti PIK, beliau hanya mempromosi perniagaannya melalui kenalan. Oleh itu, promosi yang dilakukan itu kurang meluas kerana hanya kenalan tertentu saja mengetahui kewujudan perniagaan mereka. Beliau juga ada membuat promosi di laman sosial (facebook). Selepas penglibatannya dengan PIK, beliau telah mula mempromosikan perniagaan di laman sosial dengan lebih teratur. Selain itu, melalui Wifi Komuniti saya dapat berhubung dengan pelanggan dengan lebih kerap menggunakan aplikasi whatsapp
Perniagaan Makanan
Encik Norezam mengusahakan perniagaan ini secara sambilan bersama isteri. Mereka mengambil tempahan secara atas talian dan melakukan penghantaran ke rumah. Sebelum penglibatan dengan PIK, perniagaan Encik Norezam dan isteri tertumpu pada kawasan berdekatan dengan rumah sahaja. Pelanggan mereka terdiri daripada saudara mara dan penduduk kampung. Oleh itu, promosi yang dilakukan itu kurang meluas kerana hanya kenalan tertentu saja mengetahui kewujudan perniagaan mereka. Salepas terlibat dan menghadiri kelas di PIK, mereka mula berniaga menggunakan media sosial seperti Whatsapp dan Facebook. Encik Norezam mula menerima tempahan daripada pelanggan luar.