Kisah Kejayaan
PELAJAR CEMERLANG DENGAN BIMBINGAN IT DARI PIK - Muhd Nur Khairil Fahris
Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, Muhd Nur Khairil Fahris, telah mendaftar sebagai ahli di PI pada tahun 2016 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas computer dan pengenalan internet.
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT, beliau tidak lagi menghadapi kesukaran untk mencari maklumat yang dikehendakinya. Malah beliau juga turut mahir untuk membuat surat kiriman rasmi menggunakan perisian Microsoft Word.
PELAJAR CEMERLANG DENGAN BIMBINGAN IT DARI PIK - Ikmal Haikal
Ikmal Haikal merupakan seorang pelajar sekolah rendah. Beliau sering kali datang ke PIK Sibuti melayari internet untuk mencari bahan-bahan rujukan berkaitan pelajaran di sekolah. Selain itu, beliau juga menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan oleh PIK seperti fotokopi untuk membuat beberapa salinan dokumen berkaitan pelajarannya.
Sebelum menjadi ahli PIK, Ikmal Haikal menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi membantu dirinya menyiapkan kerja sekolah. Tambahan pula, beliau tidak tahu untuk mencari maklumat menggunakan perisian google chrome. Selepas menghadiri latihan ICT yang telah dianjurkan oleh pihak PIK, Ikmal Haikal telah berupaya mencari maklumat dengan menggunakan carian google secara pantas dan bijak. Oleh itu, beliau tidak lagi menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan yang telah diamahkan oleh cikgunya di sekolah.
PELAJAR CEMERLANG DENGAN BIMBINGAN IT DARI PIK - Nur Ayumi Binti Arbi
Kekangan capaian internet di rumah menyebabkan Nur Ayumi datang ke PIK untuk menambah ilmu pengetahuan tentang asas ICT. ICT merupakan salah satu pengetahuan yang perlu ada pada setiap generasi muda bagi mempersiapkan diri untuk menempuh alam pekerjaan kelak. Berdasarkan semangat ingin berlajar, beliau sering kali mengikuti kelas ICT yang diadakan di PIK.
Selepas menghadiri latihan ICT yang telah dianjurkan oleh pihak PIK, Nur Ayumi telah berupaya untuk menggunakan internet dengan lebih bijak. Misalnya, mencari maklumat tentang isu-isu semasa di samping untuk tujuan mengulang kaji pelajaran. Selain itu, beliau juga telah menguasai cara-cara membuat email khasnya Google Mail.
PELAJAR CEMERLANG DENGAN BIMBINGAN IT DARI PIK - Siti Nurasmahuna Bt Johari
Sebelum penglibatan dega sebarag kelas ajuran pihak PIK, beliau hanya duduk di rumah tanpa membuat sebarang pekerjaan. Nurasmahusna juga sering menghabiskan masanya dengan melepak bersama rakan-rakan. Melalui penglibatannya di PIK, beliau lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan semakin mahir dalam penggunaan ICT. Pada masa yang sama, beliau juga dapat menambah ilmu pengetahuan terutama dalam penggunaan ICT.
INDIVIDU CEMERLANG DENGAN BIMBINGAN IT DARI PIK - Ridiatulaqilah Binti Awal
Sebelum terlibat dengan sebarang aktiviti anjuran PIK, Ridiatulaqillah hanya duduk di rumah dan mencari pekerjaan melalui iklan-iklan dalam akhbar. Oleh itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan kerana kekangan akses terhadap sumber-sumber iklan jawatan kosong. Namun demikian, melalui penglibatannya di PIK, beliau dapat mencari pekerjaan secara atas talian. Pelbagai jawatan kosong yang menepati kelulusan dan kemahiran yang telah ditawarkan. Pada masa yang sama, beliau juga semakin mahir dalam penggunaan komputer.
INDIVIDU CEMERLANG DENGAN BIMBINGAN IT DARI PIK - Mohd Ibrahim Bin Ahmad
Ibrahim menghabiskan masa dengan melayari internet di rumah sepanjang cuti persekolahan. Pada masa yang sama, beliau juga ada mengikuti kelas anjuran PIK. Secara tidak langsung beliau mula mengetahui maklumat yang boleh dan tidak boleh dikongsi di media sosial serta mengetahui penggunaan ICT yang betul. Dia juga mengetahui risiko bahayanya berkongsi berita yang tidak sahih di media sosial melalui kelas berkenaan.