Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
PANTAI KUALA SIBUTI
Pantai Kuala Sibuti merupakan muara sungai. Pantai ini menghubung sungai dan pantai. Pantai ini menjadi tumpuan kepada para pemancing. Pantai ini menjadi tumpuan para pemancing terutama pada hujung minggu. Para pemancing boleh memilih untuk memancing di pantai atau menggunakan perkhidmatan sewaan bot dari penduduk kampung. Selain itu juga, pantai ini juga merupakan laluan untuk para nelayan turun ke laut. Antara keunikan lain yang menjadi tarikan adalah pantai ini juga menjadi tempat tumpuan buaya untuk berjemur. Jika bernasib baik, anda akan berpeluang untuk melihat buaya-buaya berjemur.
KEDAI MAKAN
Terdapat juga kedai makan yang menyediakan pelbagai menu menarik yang menggunakan bahan-bahan segar. Makanan laut yang segar turut disajikan kepada pelanggan yang berminat. Harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan.
HOMESTAY
Di sini juga disediakan penginapan homestay kepada mereka yang memerlukan tempat tinggal. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan dan berbaloi. Kualiti dan keselesaan pelanggan adalah menjadi keutamaan pemilik homestay.
Esplanade Bekenu
Esplanade Bekenu merupakan salah satu daya penarik orang ramai untuk singgah di Pekan Bekenu. Lokasinya tidak jauh dari Pasar Tamu Lama MDS dan Dewan Masyarakat Bekenu. Selain daripada tempat bersiar-siar, lokasi ini juga sering dijadikan lokasi utama acara Lumba Perahu yang akan dilangsungkan pada setiap tahun. Acara ini signifikan dengan masyarakat Sarawak dimana peserta dari pelbagai tempat akan menyertainya. Tambahan pula, Sungai Sibuti merupakan salah satu sungai yang terbesar di sekitarnya. Oleh itu, dengan terbinanya Esplanade ini akan memudahkan lagi pengunjung untuk melihat sukan berkenaan dengan lebih dekat dan selesa.
Pasar Malam Bekenu
Setiap malam hujung minggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad, Pekan Bekenu akan dihiasi dengan suasana gerai makan yang terletak di hadapan Esplanade Bekenu. Terdapat pelbagai jenis jualan seperti satey, ayam bakar, burger, dan sebagainya. Para pengunjung juga akan ditemani dengan muzik yang dimainkan ketika berada di tempat berkenaan. Selain itu, para pengunjung yang datang juga boleh menyaksikan pelbagai jenis lampu yang dipasang di sekitarnya. Langkah ini merupakan inisiatif pihak berkuasa tempatan untuk menambahbaik keceriaan di samping menarik minat pengunjung luar untuk datang.
Pasar Tamu Baru RTC Bekenu
Pasar Tamu Baru yang bertempat di RTC Bekenu merupakan daya penarik kepada mereka yang berada di luar kawasan Pekan Bekenu. Hal ini aalah kerana, tempat berkenaan merupakan lokasi kepada para peniaga meniagakan hasil tani dan laut. Apa yang menariknya adalah pengunjung boleh membeli sayur-sayuran yang tidak akan diperolehi di luar seperti lemiding selain ikan yang segar. Selain itu, pengunjung juga boleh membeli pelbagai jenis kuih muih yang pasti menyelerakan. Pada kebiasaanya, tempat tersebut akan dipenuhi orang ramai sekitar jam 7 pagi sehigga 12 tengah hari untuk membeli keperluan harian.
IZARA Homestay
IZARA Homestay merupakan salah satu kemudahan yang disediakan untuk para pengunjug yang datang ke Kampung Kuala Sibuti. Kampung ini merupakan salah satu perkampungan nelayan yang sering dikunjungi oleh para pemancing.
Tamu Kampung Padang, Bekenu
Tamu Kampung Padang merupakan tempat di mana penduduk kampung boleh meniagakan pelbagai jenis makanan basah mahupun kering seperti kerepek, sayur-sayuran, air minuman, dan sebagaiya. Pada kebiasaannya, para pembeli adalah daripada kalangan mereka yang menggunakan jalan persisiran pantai Miri Bintulu.