Latihan ICT “Pengenalan kepada Komputer, Window dan Internet”
2 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPada 1 Oktober 2016 (Sabtu), PI Sibuti telah mengadakan latihan ICT berkenaan Pengenalan kepada komputer, window dan internet. Latihan ini telah diadakan di Bilik Latihan, PI Sibuti. Latihan ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari 2.30 hingga 4.30 petang. Tujuan utama latihan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai komputer, window dan penggunaan internet dengan betul.
Selain itu, latihan ini juga bertujuan untuk menerapkan etika yang betul ketika melayari internet terutama dalam kalangan pelajar sekolah. Seramai 9 orang pelajar sekitar usia 7 hingga 12 tahun yang telah menyertai latihan ini.
Berikut merupakan senarai aktiviti yang telah dijalankan:
1. Pendaftaran peserta
2. Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB)
3. Latihan ICT
a. Slot 1: Pengenalan kepada kompenen komputer
b. Slot 2: Pengenalan kepada Window dan Internet
4. Sesi fotografi
Berikut merupakan perlaksanaan aktiviti:
1. Pendaftaran peserta
Pukul 2.00 petang para peserta mengesahkan pendaftaran.
2. Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB)
Pada pukul 2.30, tayangan video KDB telah diadakan di Bilik Latihan PI Sibui. Taklimat ini telah disampaikan oleh penolong pengurus PI.
3. Latihan ICT
Pukul 3.00 petang, latihan ICT slot pertama bermula. Para peserta akan didedahkan mengenai komponen-komponen computer. Slot kedua terus disambung. Pada slot kedua ini, para peserta didedahkan dengan window dan internet. Sesi soal jawab juga berlangsung selepas pendedahan pada slot kedua.
4. Sesi Fotografi
Pukul 4.30 petang sesi fotografi antara peserta dan tenaga pengajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: