Permainan Pendidikan “Teka Silang Kata” / Education Games “Crossword Puzzle”
21 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniPada 20 Ogos 2016 (Sabtu), PI Sibuti telah mengadakan aktiviti yang berunsurkan pendidikan iaitu aktiviti Teka Silang Kata. Aktiviti berkenaan telah diadakan di dalam Bilik Latihan PI Sibuti. Aktiviti tersebut telah bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Tujuan utama aktiviti tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara pantas. Disamping itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi galakan kepada generasi muda khususnya penduduk setempat untuk bergiat aktif dalam aktiviti anjuran PI. Seramai 10 orang kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun telah menyertai aktiviti berkenaan.
Berikut merupakan senarai aktiviti yang telah dijalankan:
- - Pendaftaran peserta.
- - Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB)
- - Aktiviti Teka Silang Kata
Berikut merupakan perlaksanaan aktiviti:
- Pendaftaran peserta
Pada pukul 2.30 petang, para peserta mula mendaftar untuk menyertai aktiviti berkenaan.
- Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB)
Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti. Taklimat KDB telah disampaikan oleh Pengurus PI.
- Aktiviti Teka Silang Kata
Aktiviti Teka Silang Kata telah bermula sejurus sahaja tayangan video KDB tamat. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, pengurus PI telah memberikan taklimat berkenaan dengan syarat-syarat permainan. Sebanyak lima (5) modul teka silang kata yang berlainan telah digunakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: