Tayangan Video Klik Dengan Bijak dan Video Kemerdekaan “Sarjan Hassan”
Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniPI Sibuti telah mengadakan tayangan video KDB dan video kemerdekaan iaitu “Sarjan Hassan”. Pada sebelah pagi iaitu pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari, video KDB telah ditayangkan manakala pada sebelah petang tayangan video kemerdekaan iaitu pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Tujuan utama aktiviti tersebut adalah untuk mendedahkan kepada penduduk setempat tentang kepentingan melayari internet dengan bijak. Di samping itu, kanak-kanak juga akan didedahkan dengan kepentingan menghayati hari kemerdekaan. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi galakan kepada generasi muda khususnya penduduk setempat untuk bergiat aktif dalam aktiviti anjuran PI.
Berikut merupakan senarai aktiviti yang telah dijalankan:
- - Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB)
- - Tayangan Video Kemerdekaan “Sarjan Hassan”
Berikut merupakan perlaksanaan aktiviti:
- Tayangan Video Klik Dengan Bijak (KDB)
Pada pukul 10.00 pagi, beberapa video KDB telah ditayangkan di ruang pengguna PI.
- Tayangan Video Kemerdekaan “Sarjan Hassan”
Video kemerdekaan “Sarjan Hassan” telah ditayangkan pada pukul 2.00 petang. Pemilihan video ini adalah berdasarkan populariti seniman P. Ramlee yang bukan sahaja diminati golongan lama, malah golongan muda juga turut meminati beliau. Terdapat beberapa nilai dan pengajaran yang berguna yang boleh dicontohi daripada cerita berkenaan seperti nilai kasih sayang, bertanggungjawab, prihatin, kerajinan, berjimat cermat, dan sebagainya. Hassan telah kematian ibu dan kurang mendapat kasih sayang daripada bapanya kerana kesusahan hidup. Hassan dipelihara oleh datuknya, Penghulu Ismail. Kerajinan dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai hidup senang pada zaman Jepun kerana pandai berjimat cermat dan mengusahakan kebun serta menternak lembu. Tambahan lagi, Hassan seorang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab melaporkan kegiatan maksiat kepada pegawai kanannya. Dia bertanggungjawab untuk membaiki keadaan tersebut. Oleh yang demikian, cerita berkenaan sesuai ditonton oleh generasi muda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: