Tips Pengurusan Kewangan Peribadi

12 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Kekangan ekonomi dan kenaikan harga barang menjadi isu utama yang mendorong kepada pentingnya pengurusan kewangan yang bijak. Pengurusan kewangan bukanlah perkara yang sepatutnya diambil ringan. Jika tidak diurus dengan baik, isu kewangan ini akan membawa kepada kemudaratan. Oleh itu, pada 11 Julai 2023, PEDi Sibuti telah memuat naik video perkongsian berkaitan tips pengurusan kewangan peribadi.

Objektif utama perkongsian video ini adalah memberi panduan kepada penonton dalam membuat perancangan kewangan mereka. Selain itu, perkongsian video dapat mendidik dan berkongsi maklumat mengenai kepentingan membuat perancangan kewangan. Video kelas ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page PEDi Sibuti dan laman Youtube PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali