Mewarna dan Terokai Augmented Reality (AR)
28 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniAugmented Reality (AR) adalah teknologi yang memperoleh penggabungan secara real-time terhadap kandungan digital yang dibuat oleh komputer dengan dunia nyata. Augmented Reality (AR) membolehkan pengguna melihat objek maya 2D atau 3D yang diunjurkan terhadap dunia nyata. Oleh itu, augmented reality adalah peningkatan persekitaran sebenar kita dengan elemen digital tambahan.
Pada 27 Ogos 2023, PEDi Sibuti telah mengadakan satu aktiviti asas ICT yang menggunakan teknologi AR. Peserta telah melakukan aktiviti mewarna digital dengan teknologi Augmented Reality (AR) menerusi aplikasi Quiver Vision. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan teknologi peserta. Selain itu, peserta juga dapat merasai pembelajaran yang berbeza kerana adanya gabungan objek termasuklah teks, gambar dan animasi. Aktivti ini telah berlangsung selama 1 jam iaitu bermula pukul 2.00 petang sehingga 3.00 petang dan dihadiri oleh 2 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: