STEM-Membuat Tangan Robotik
10 September 2023 | Aktiviti TerkiniPada 9 September 2023, PEDi Sibuti telah mengadakan satu kelas STEM iaitu membuat tangan robotik. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kreativiti pelajar untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif. Kelas ini juga dapat membantu pelajar untuk lebih memahami konsep dan aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.
Aktiviti yang dilakukan oleh para peserta adalah menghasilkan tangan robotik dengan menggunakan kertas, penyedut minuman, benang dan gam. Para peserta juga menonton video tutorial di laman Youtube. Kelas ini telah disertai oleh 8 orang pelajar sekolah rendah dan berlangsung pada 2.00 petang sehingga 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: