Keusahawanan – Shopee: Membuat Profil Kedai dan Memuatnaik Produk

23 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Shopee merupakan sebuah platform e-dagang iaitu menawarkan proses jual beli secara atas talian. Shopee juga merupakan platform e-dagang terbesar di Malaysia dan telah dimuat turun lebih 200 juta aplikasinya. Oleh itu, PEDi Sibuti telah membuat perkongsian video keusahawanan berkaitan kaedah membuat profil kedai dan cara memuatnaik produk di Shopee.

Perkongsian video keusahawanan ini bertujuan untuk memberikan maklumat kepada usahawan kaedah membuat profil kedai dan juga mengajar mereka cara-cara memuatnaik produk di Shopee. Selain itu, video ini juga dapat memberi maklumat tambahan dan menggalakkan usahawan tempatan untuk berniaga menggunakan platform e-dagang. Video ini telah dimuatnaik pada 22 Ogos 2023 di laman Facebook Page PEDi Sibuti dan laman Youtube PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali