STEM-Membina Kipas Solar

27 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

STEM menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pada 26 Ogos 2023, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu aktiviti STEM iaitu membina kipas solar.

Aktiviti ini juga dapat meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi para pelajar. Akviti membina kereta solar ini telah disertai oleh 5 orang pelajar sekolah menengah rendah. Kelas ini telah berlangsung selama satu (1) jam iaitu daripada pukul 2.30 petang sehingga 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali