9 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri
23 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPasti ramai yang sentiasa berasa berdebar dan kerdil apabila bercakap di hadapan orang ramai seperti jantung hendak gugur. Selalunya bila buat pembentangan di depan ramai orang yang memandang. Lebih-lebih lagi, jika perlu berucap dalam Bahasa Inggeris. Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah berkenaan seperti berikan ganjaran kepada diri sendiri. Contohnya, setiap kali mendapat kenaikan pangkat, belanja diri sendiri di sebuah restoren kegemaran.
Yang penting, anda menghargai kejayaan diri sendiri. Oleh itu, pada 22 Jun 2023, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu penerangan secara atas talian melalui platfom laman sesawang Facebook dan saluran Youtube yang bertajuk “9 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri”. Objektif sesi penerangan secara atas talian berkenaan adalah untuk meningkatkan keyakinan diri para peserta untuk melakukan sesuatu tugasan yang telah diamanahkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: