Kesedaran KDB - Buli Siber
17 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniBuli siber merupakan perbuatan yang bertujuan untuk menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang menggunakan kemudahan komunikasi di platform digital. Perbuatan buli siber ini adalah salah disisi undang-undang. Oleh itu, pada 16 Mei 2023 PEDi Sibuti telah membuat video kesedaran berkaitan topik buli siber. Tujuan utama perkongsian video kesedaran ini adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat berkenaan buli siber kepada komuniti setempat. Selain itu, peserta juga mengetahui langkah keselamatan dan pencegahan dari menjadi mangsa buli siber. Video kesedaran ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page dan Youtube PEDi Sibuti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: