Tutorial Canva: Poster Promosi
17 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniSeiring dengan peredaran zaman, kebanyakkan peniaga telah mula menjalankan perniagaan secara atas talian. Terdapat beberapa platform media sosial yang boleh digunakan untuk menjalankan ativiti jual beli seperti Facebook, Instagram, Tiktok, Website, dan sebagainya. Poster promosi yang berbentuk digital sangat penting kepada usahawan media sosial kerana ia memudahlan pelanggan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan setiap produk atau promosi yang ditawarkan. Laman sesawang Canva merupakan salah satu laman sesawang yang bersifat mesra pengguna untuk membuat poster promosi.
Oleh itu, pada 16 Ogos 2023, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu sesi kelas secara atas talian melalui platfom laman sesawang Facebook yang bertajuk “Tutorial Canva: Poster Promosi”. Objektif kelas berkenaan adalah untuk mengajar usahawan-usahawan tempatan mereka bentuk poster promosi perniagaan mereka menggunakan laman sesawang Canva. Pada masa yang sama, peserta atas talian juga mempelajari asas melayari internet dengan bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: