Usahawan: Membuat Banner Menggunakan Canva

2 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Banner merupakan salah satu bentuk iklan dengan tujuan untuk mempromosikan sesuatu perniagaan atau peristiwa. Secara lazimnya, banner boleh dibuat menggunakan perisian khas yang terdapat pada komputer. Namun, seiring dengan arus pemodenan banner juga boleh dibuat menggunakan laman sesawang seperti Canva. Laman sesawang Canva bukan sahaja menyediakan tempat untuk mengedit poster, kad, resume, malah juga menyediakan template yang menarik untuk membuat banner.

Oleh itu, pada 1 Julai 2023, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu sesi kelas secara atas talian melalui platfom laman sesawang Facebook yang bertajuk “Keusahawanan: Membuat Banner Menggunakan Canva”. Objektif kelas berkenaan adalah untuk memberi penerangan dan tutorial membuat banner yang menarik menggunakan laman sesawang Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali