Advokasi – Mengenal Pasti Muslihat dan Penipuan di Internet
6 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniKes penipuan di Internet yang melibatkan masyarakat umum semakin meningkat dan ramai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sehingga ada yang mengalami kerugian wang ringgit sehingga ratusan ribu. Faktor utama kepada peningkatan kes ini adalah berpunca kerana masyarakat mudah terpengaruh dan kurang celik dengan penggunaan gajet atau teknologi masa kini. Justeru, pada 5 Februari 2023 PEDi Sibuti telah kelas kesedaran advokasi dengan topik mengenal pasti muslihat dan penipuan di Internet.
Tujuan utama kelas kesedaran ini diadakan untuk memberi maklumat kepada masyarakat berkaitan taktik muslihat dan penipuan di internet. Selain itu, peserta yang menyertai kelas kesedaran ini akan mengetahui kaedah menjaga keselamatan data yang mereka kongsi dan simpan agar tidak dimanipulasi oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Akviti yang dijalankan adalah tontonan video kesedaran dan penerangan ringkas daripada staf PEDi. Peserta juga menjawab kuiz sacara atas talian di laman sesawang Kahoot bagi menguji kefahaman berkaitan topik ini. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan, PEDi Sibuti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: