Kursus Latihan Pengendalian Makanan Siri 1/2023

20 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2023, PEDi Sibuti dengan kerjasama NZ Bunga Consultant telah mengadakan Kursus Latihan Pengendalian Makanan Siri 1/2023. Kursus ini bertujuan untuk membantu para peniaga makanan dan pekerja yang berkerja dalam industri makanan untuk mengetahui kaedah pengendalian makanan dengan betul dan selamat. Para peserta yang menyertai kursus ini juga akan diberikan sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kursus ini telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom di Bilik Latihan, PEDi Sibuti. Bagi kursus Siri 1/2023 ini, seramai 5 orang peserta yang telah menyertai kursus ini iaitu 2 orang peserta telah datang ke PEDi Sibuti manakala 3 orang peserta lagi berkursus dari rumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali