Tips Pemasaran di Instagram

6 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Instagram merupakan salah satu platform media sosial terbesar yang mempunyai 1 billion pengguna aktif dan 25 juta akaun bisnes aktif setiap bulan diseluruh dunia. Berdasarkan kaji selidik daripada SKMM pada 2018, sebanyak 57% daripada 24.6 juta pengguna internet di Malaysia menggunakan Instagram secara aktif. Secara jelas, instagram diramal bakal mempunyai penambahan pengguna setiap tahun. Maka potensi untuk berjaya dalam berbisnes menggunakan platform Instagram amat besar. Oleh itu, pada 5 Julai 2022 PEDi Sibuti telah memuatnaik video usahawan berkenaan tips pemasaran di Instagram.

Tujuan utama video ini adalah untuk berkongsi maklumat dan pendedahan kepada usahawan tentang cara dan taktik untuk membuat pemasaran produk di Instagram. Video ini juga dapat memberi idea kepada usahawan dalam promosi produk agar lebih menarik. Video ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page PEDi Sibuti dan laman Youtube PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali