Keselamatan Kanak-kanak dan Remaja Melayari Internet

6 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Seiring dengan arus pemodenan, kebanyakkan orang sudah mempunyai gadjet sendiri terutamanya telefon bimbit. Situasi ini juga boleh dilihat pada sebilangan besar remaja dan juga kanak-kanak. Telefon bimbit berkenaan sudah semestinya dilengkapi dengan internet bagi memudahkan mereka mambuat kerja sekolah dan sebagainya. Namun, jika disalahgunakan, internet boleh mendatangkan keburukan kepada kanak-kanak dan remaja untuk jangka masa yang panjang.

Oleh itu, pada 6 Oktober 2022, pihak PEDi Sibuti telah memuatnaik satu video kesedaran tentang keselamatan kanak-kanak dan remaja di platform Facebook Page dan saluran Youtube. Objektif aktiviti berkenaan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang cara untuk mengawal anak selian kita menggunakan internet dengan lebih berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali