Kelas Bimbingan Usahawan Menggunakan Platform Digital
23 November 2022 | Aktiviti TerkiniSelaras dengan teknologi yang semakin berkembang pesat, perniagaan dalam talian atau secara e-dagang semakin berkembang dengan rancak di Malaysia. Kerajaan melalui kementerian dan agensi yang berkaitan juga giat mempromosikan perniagaan dalam talian melalui pelbagai program yang dianjurkan. PEDi Sibuti dan Rakan Digital Sibuti telah mengadakan kelas bimbingan usahawan khusus untuk usahawan tempatan untuk membantu mereka menjalankan perniagaan secara atas talian. Tujuan utama kelas ini adalah untuk mengajar usahawan kaedah berniaga menggunakan platform digital Shopee.
Peserta yang telah menyertai kelas ini akan didedahkan dengan kemahiran pemasaran perniagaan secara atas talian. Mereka juga telah diajar kaedah membuka akaun perniagaan di Shopee. Peserta yang menyertai kelas ini merupakan ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kampung Kuala Sibuti. Kelas ini telah diadakan di bilik latihan PEDi Sibuti selama 2 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: