Tutorial Mengisi Portal Aduan MCMC/ SKMM

23 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Sistem Aduan MCMC adalah satu saluran komunikasi menerusi Internet untuk pengguna membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya mengenai isu berkaitan sektor Komunikasi. Terdapat beberapa aduan yang boleh dibuat seperti masalah telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan pos/ kurier, dan perkhidmatan pemberian sejagat (USP). Namun demikian, sebelum membuat aduan ke SKMM, pengguna perlu membuat aduan ke permberi perkhidmatan dan CMCF atau CFM terlebih dahulu. Jika belum dapat diselesaikan pengguna boleh mengemukakan aduan ke SKMM sebagai Langkah terakhir.

Oleh itu, pada 22 Jun 2022, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu sesi tutorial secara atas talian melalui platfom laman sesawang Facebook yang bertajuk “Tutorial Mengisi Portal Aduan MCMC/ SKMM”. Objektif tutorial tersebut diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang cara-cara membuat aduan ke SKMM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali