Tips Sebelum Memulakan Perniagaan

17 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Sejajar dengan keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan, kebanyakkan orang telah mula berkecimpung dalam dunia perniagaan. Namun, sebelum memulakan sebarang jenis perniagaan, terdapat beberapa perkara perlu dititikberatkan supaya perniagaan berkenaan berjalan lancar. Antaranya adalah membuat perancangan rapi sebelum memulakan perniagaan. Hal ini adalah kerana perniagaan tidak seindah yang disangka dan memerlukan perancangan terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko kerugian. Selain itu, perniagaan juga perlu diseimbangkan antara atas talian (online) dan bersemuka (offline). Kedua-dua platfom tersebut memainkan peranan yang signifikan untuk menjayakan sesebuah perniagaan.

Oleh itu, pada 16 Jun 2022, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu sesi penerangan secara atas talian melalui platfom laman sesawang Facebook yang bertajuk “Tips Sebelum Memulakan Perniagaan”. Objektif kelas berkenaan adalah untuk memberi penerangan kepada orang ramai khasnya kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan tentang tips-tips sebelum mereka mula berniaga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali