Program Gerai Jualan Maxis Di PEDi Sibuti
15 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mei 2022 yang lalu, pihak Maxis telah mengadakan promosi gerai jualan di PEDi Sibuti. Tujuan utama gerai jualan ini diadakan untuk pihak Maxis mempromosikan inisiatif kerajaan menerusi Pakej Remaja . Komuniti dan pelajar juga telah mendapat maklumat lain berkenaan pakej yang wajar dan berpatutan untuk dilanggan oleh mereka.
Program gerai jualan ini berlangsung selama 3 jam yang bermula dari 2 petang sehingga 5 petang. Program ini telah dihadiri kira-kira seramai 12 orang komuniti setempat. Program telah diadakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: