5 Tips Menjaga Reputasi Digital Anda

15 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2022, PEDi Sibuti telah memuat naik video kesedaran yang berkisar tentang kaedah menjaga reputasi digital. Objektif utama program ini untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada komuniti berkenaan reputasi digital. Pada masa yang sama, komuniti akan mengetahui kepentingan menjaga reputasi digital mereka.

Video kesedaran ini juga dapat meningkatkan kesedaran komuniti yang mana semakin canggih teknologi digital, semakin penting untuk kita menjaga reputasi digital yang semakin berkembang. Video kesedaran ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page PEDi Sibuti dan laman Youtube PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali