Kesedaran KDB – Maklumat Palsu di Internet
15 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniKandungan berita yang kita baca dan terima di internet tidak semuanya tepat dan sahih. Sesetengah berita dan maklumat ini telah diolah dan sangat meyakinkan sehingga sukar untuk kita menentukan sama ada ia palsu atau benar. Oleh itu, pada 14 Jun 2022 PEDi Sibuti telah memuat naik video kesedaran Klik Dengan Bijak berkenaan topik maklumat palsu. Objektif utama perkongsian video kesedaran ini adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada komuniti tentang maklumat palsu dan tindakan yang sewajarnya diambil oleh mereka dalam memastikan maklumat yang mereka baca dan terima adalah sahih dan benar.
Melalui video kesedaran ini juga, komuniti akan mengetahui kaedah menyemak kesahihan berita melalui portal sebenarnya.my. Video kesedaran ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page PEDi Sibuti dan laman Youtube PEDi Sibuti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: