Kelas Membuat Risalah Produk

12 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi Sibuti telah mengadakan kelas atas talian menerusi video tutorial membuat risalah prosuk menggunakan Microsoft Word. Tujuan utama video tutorial ini adalah untuk membantu usahawan dan peniaga dalam mempelbagaikan kaedah promosi produk mereka. Peserta yang menonton video ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan penggunaan Microsoft Word mereka.

Video tutorial ringkas ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Ekonomi Digital Sibuti dengan durasi video selama 22 minit. Perkongsian video tutorial ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu komuniti setempat terutama kepada para peniaga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali