Pertandingan Swafoto Kreatif Hari Malaysia 2021

27 September 2021 | Aktiviti Terkini

PIK Sibuti telah mengadakan Pertandingan Swafoto Kreatif Hari Malaysia 2021 bersempena sambutan Hari Malaysia 2021. Peserta pertandingan akan memuat naik gambar swafoto kreatif mereka di laman Facebook persendirian. Tujuan utama pertandingan ini diadakan untuk menyamarakkan sambutan Hari Malaysia 2021. Selain itu, pertandingan ini juga dapat menarik minat ahli PIK Sibuti untuk melibatkan diri dengan aktiviti PIK dan menggalakkan ahli PIK untuk menggunakan platform media sosial secara positif dan berhemah.

Pertandingan ini telah berlangsung bermula pada 12 September 2021 sehingga 22 September 2021. Sesi penyampaian hadiah pertandingan pula telah diadakan pada 26 September 2021 di PIK Sibuti dengan mematuhi penjarakan sosial dan SOP yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali