Aktiviti PKP 3.0 - Bual Bicara Perisian Cetak Rompak
25 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniCetak rompak perisian komputer bermaksud penyalinan secara haram perisian tersebut dengan menggunakan apa-apa cara. Apabila perisian itu dibeli oleh pengguna, hanya satu salinan perisian itu boleh disimpan di dalam cakera keras atau cakera liut pengguna. Pengguna tidak dibenarkan menyalin salinan asal kedalam cakera keras komputer lain tanpa kebenaran pengaturcara perisian tersebut. Tujuan utama bual bicara tersebut diadakan adalah untuk mendidik komuniti setempat tentang bahayanya memuat turun perisian cetak rompak dimana perbuatan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang serta boleh merosakkan sistem operasi komputer.
Bual bicara telah dilangsungkan di laman Facebook Pusat Internet Komuniti Sibuti dengan berdurasi selama 21 minit. Perkongsian bual bicara ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: