Aktiviti PKP 3.0 – Bual Bicara Santai Bersama Cikgu Nurul
26 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniSesi bual bicara santai ini mengupas mengenai topik pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bersama tetamu undangan iaitu Cikgu Nurul. Tujuan bual bicara ini diadakan untuk membincangkan kaedah, peranan dan harapan berkenaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ini secara santai. Antara isu yang dibincangkan adalah seperti langkah yang diambil oleh para guru sekiranya pelajar tiada talian atau capaian internet semasa PdPR berlangsung dan peranan pelajar dan ibu bapa dalam menjayakan PdPR ini.
Sesi bual bicara ini diadakan di platform Google Meet dan rakaman video bual bicara ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Internet Komuniti Sibuti dengan durasi video selama 12 minit. Perkongsian video sesi bual bicara ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: