Aktiviti PKP 3.0 – Bual Bicara Perkongsian Secara Berlebihan

29 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

PIK Sibuti dengan kerjasama PIK Niah Suai dan PIK Bekenu telah mengadakan sesi bual bicara yang mengupas mengenai topik perkongsian secara berlebihan. Tujuan bual bicara ini diadakan untuk membincangkan isu perkongsian secara berlebihan di media sosial. Antara isu yang dibincangkan adalah seperti maklumat yang tidak patut dikongsi, risiko berkongsi maklumat di media sosial dan langkah menangani perkongsian secara berlebihan ini.

Sesi bual bicara ini diadakan di platform Zoom dan rakaman video bual bicara ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Internet Komuniti Sibuti dengan durasi video selama 30 minit. Perkongsian video sesi bual bicara ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali