Kelas Microsoft Power Point – Membuat Kad Ucapan
24 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniKemahiran mengunakan komputer dan internet dalam kehidupan seharian merupakan aspek penting terutama kepada mereka yang bergelar pelajar. Sejajar dengan keperluan ini, PIK Sibuti telah menganjurkan kelas membuat kad ucapan menggunakan Microsoft Power Point. Tujuan utama kelas ini diadakan untuk memperkenalkan dan mengajar peserta kaedah menggunakan Microsoft Power Point terutama kepada pelajar sekolah. Peserta juga dapat mempelbagaikan kemahiran penggunaan Microsoft Power Point mereka dengan membuat kad ucapan. Secara tidak langsung, peserta dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan menggalakan mereka ke arah penggunaan internet dengan bijak. Peserta yang telah menyertai aktiviti ini terdiri daripada pelajar Tahun 5 dan pelajar Tahun 6.
Aktivti ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Sibuti dengan mematuhi penjarakan sosial dan SOP yang telah ditetapkan. Aktiviti ini berlangsung selama 30 minit bermula pada pukul 4.00 petang sehingga 4.30 petang. Seramai dua orang peserta telah menyertai aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: