Kelas e-Dagang: Shopee Bahagian 2

25 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Shopee merupakan salah satu platform e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk membantu usahawan yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka secara atas talian. Untuk bahagian kedua kelas berkenaan akan merangkumi beberapa topik seperti langkah semasa menerima pesanan dan penghantaran, pusat pemasaran, dan mengurus kewangan dan jualan. Melalui perkogsian ini para peserta akan diajar kaedah yang betul setelah menerima tempahan daripada pelanggan. Selain itu, peserta juga akan diajar cara membuat diskaun, baucer, dan sebagainya dalam topik pusat pemasaran. Akhir sekali, peserta akan diajar bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak.

Kelas tersebut telah dilangsungkan di Facebook Page PIK Sibuti melalui aplikasi Stream Yard dan telah berlangsung selama sejam bermula pada pukul 10.00 sehingga 11.00 pagi. Seramai lapan orang peserta telah mengikuti kelas berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali