Kelas e-Dagang: Shopee Bahagian 1
24 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniShopee merupakan salah satu platfom e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk membantu usahawan yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka secara atas talian. Untuk bahagian pertama kelas berkenaan merangkumi beberapa topik seperti pengenalan kepada Shopee, persediaan kedai di Shopee, Seller Centre, cara muat naik produk, dan kategori kedai. Bahagian pertama kelas ini adalah lebih kepada sesi pengenalan kepada aplikasi Shopee dan bagaimana peserta membina kedai dengan cara yang betul.
Kelas tersebut telah dilangsungkan di Facebook Page PIK Sibuti melalui aplikasi Stream Yard dan telah berlangsung selama sejam bermula pada pukul 10.00 sehingga 11.00 pagi. Seramai lapan orang peserta telah mengikuti kelas berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: