Kelas atas Talian: Membuat Surat Rasmi Ketidakhadiran Murid ke Sekolah

24 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital Sibuti telah mengadakan kelas secara atas talian membuat surat rasmi yang memfokuskan kepada surat untuk menyatakan ketidakhadiran murid ke sekolah. Objektif utama kelas berkenaan diadakan adalah untuk membantu para ibu bapa khasnya untuk menulis surat ketidakhadiran anak jagaan mereka ke sekolah agar anak merek tidak dikenakan kesalahan tata tertib yang melanggar undang-undang pihak sekolah. Pada masa yang sama, golongan ibu bapa juga boleh meningkatkan ilmu pengetahuan mereka tentang asas-asas Microsoft Word.

Video kelas berkenaan telah dimuat naik di Facebook Page PIK Sibuti. Seramai 3 orang peserta telah mengikuti kelas secara atas talian tersebut. Semoga dengan perkongsian berkenaan dapat membantu komuniti setempat untuk membuat membuat surat rasmi dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali