Tips Pengurusan Laman Rangkaian Sosial

20 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Laman rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi hobi yang sama, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui aktiviti orang lain. Kebanyakkan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, email, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Melalui perkongsian tersebut, peserta akan diajar untuk menggunakan laman rangkaian sosial mereka dengan lebih bijak dan selamat seperti menggunakan papan pemuka yang tidak terlampau menonjol dan tidak memaparkan maklumat peribadi untuk tatapan umum.

Kelas tersebut telah dilangsungkan melalui Facebook Page PIK Sibuti dan telah berlangsung selama setengah jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 10.30 pagi. Seramai tiga orang peserta telah menyertai sesi perkongsian tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali