Keselamatan Membeli Belah Atas Talian

14 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Sibuti telah mengadakan sesi perkongsian mengenai beberapa langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan ketika membuat pembelian secara atas talian. Misalnya, membuat pembelian di platform e-dagang yang dipercayai selamat seperti Shopee, Lazada, dan sebagainya. Selain itu, pembeli juga boleh membuat semakan nombor akaun ataupun nombor telefon penjual sebelum membuat pembayaran di laman sesawang CCID yang telah dibangunkan oleh pihak PDRM. Hal ini boleh membuktikan nombor akaun ataupun nombor telefon penjual tersebut pernah terlibat dengan penipuan yang dilaporkan kepada PDRM atau tidak.

Video perkongsian berkenaan telah dimuat naik di Facebook Page PIK Sibuti. Seramai 5 orang peserta telah mengikuti sesi perkongsian secara atas talian tersebut. Semoga dengan perkongsian berkenaan dapat membantu komuniti setempat untuk membuat pembelian secara atas talian dengan lebih selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali