Kelas Permainan Pendidikan bersama FunBrain.com

13 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada masa kini penggunaan internet dalam pembelajaran para pelajar merupakan satu keperluan. Oleh itu, PIK Sibuti telah menganjurkan kelas permainan pendidikan menerusi laman sesawang FunBrain. Tujuan utama kelas ini diadakan untuk menarik minat pelajar untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran menggunakan laman sesawang FunBrain. Secara tidak langsung, peserta akan mengetahui kaedah lain untuk mengulang kaji pelajaran melalui internet. Peserta yang telah menyertai aktiviti ini terdiri daripada pelajar Tahun 3 hingga pelajar Tahun 6.

Aktivti ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Sibuti dengan mematuhi penjarakan sosial dan SOP yang telah ditetapkan. Aktiviti ini berlangsung selama 30 minit bermula pada pukul 4.00 petang sehingga 4.30 petang. Seramai lima orang peserta telah menyertai aktiviti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali