Kata Laluan Kukuh

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

PIK Sibuti telah mengadakan sesi perkongsian secara langsung melalui Facebook Page yang bertajuk “Kata Laluan Kukuh”. Objektif utama perkongsian berkenaan adalah untuk mendidik pengguna menggunakan kata laluan yang kukuh dan baik. Kata laluan merupakan gabungan beberapa aksara yang digunakan oleh penggua untuk tujuan pengenalan dan pengesahan diri ketika mengakses sesebuah rangkaian komputer. Oleh itu, setiap pengguna perlu mereka kata laluan yang baik dan kukuh untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan data oleh pihak kedua. Kata laluan yag kukuh perlulah merangkumi 8 aksara yang terdiri daripada gabungan huruf besar, huruf kecil, simbol, dan nombor.

Kelas tersebut telah berlangsung selama setengah jam bermula pada pukul 12.00 tengah hari sehingga 12.30 tengah hari. Seramai empat orang peserta telah menyertai sesi perkongsian tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali