Kesedaran Advokasi – Penipuan Kewangan
12 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 Disember 2021, PEDi Sibuti telah memuat naik video kesedaran mengenai penipuan kewangan. Tujuan utama video kesedaran ini dimuat naik adalah untuk berkongsi maklumat dan memberi pendedahan dengan lebih terperinci berkenaan penipuan kewangan. Peserta yang menonton video kesedaran ini juga mengetahui langkah pencegahan yang boleh diambil oleh mereka dari menjadi mangsa penipuan kewangan.
Video kesedaran ini telah dimuat naik di laman Facebook PEDi Sibuti dengan durasi video selama 10 minit. Video kesedaran ini juga dimuat naik di akaun Youtube PEDi Sibuti. Perkongsian video tutorial ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: