Tips Penjagaan Komputer Riba
12 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKomputer riba merupakan salah satu keperluan kepada setiap individu sama ada untuk tujuan pekerjaan atau pembelajaran. Oleh yang demikian, pihak PIK Sibuti telah membuat satu sesi perkongsian secara atas talian mengenai cara-cara untuk menjaga peranti berkenaan. Terdapat sebelas tips telah diketengahkan. Antaranya adalah dengan memastikan setiap pengguna menutup shutdown peranti tersebut sepenuhnya. Hal ini adalah kerana dengan menutup komputer berkenaan sepenuhya akan memastikan setiap komponen komputer tidak mengalami sebarang kerosakan apabila berlakunya gegaran atau hentakan. Selain itu, pengguna juga disarankan untuk tidak menggunakan peranti tersebut di atas permukaan yang menyerap haba kerana situasi ini boleh menyekat kemasukan udara ke dalam komputer dan mengakibatkan komponen komputer menjadi panas.
Kelas tersebut telah dilangsungkan melalui Facebook Page PIK Sibuti dan telah berlangsung selama setengah jam bermula pada pukul 12.00 tengah hari sehingga 12.30 tengah hari. Seramai lima orang peserta telah menyertai sesi perkongsian tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: