Kesedaran KDB: Maklumat Palsu
12 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 November 2021, PIK Sibuti telah mengadakan satu perkongsian mengenai kesedaran digital yang bertajuk maklumat palsu. Topik berkenaan menjadi keutamaan kerana sekarang merupakan zaman media sosial dimana masyarakat bebas menyuarakan pendapat mereka melalui platfom media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, Instagram, dan sebaginya. Oleh itu, keadaan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan penularan berita palsu apabila segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mula untuk memuat naik maklumat yang tidak sahih.
Video perkongsian berkenaan telah dimuat naik di Facebook Page PIK Sibuti. Seramai 4 orang peserta telah mengikuti sesi perkongsian secara atas talian tersebut. Semoga dengan perkongsian berkenaan dapat memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang pentingnya menentukan kesahihan sesuatu berita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: