Kelas Asas Microsoft Word

31 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

PIK Sibuti telah mengadakan kelas asas Microsoft Word yang bertujuan untuk mendidik kanak-kanak tentang asas-asas menaip. Dewasa ini, kepentingan Microsoft Word dititikberatkan dalam hal ehwal pembelajaran. Oleh yang demikian, PIK Sibuti telah mengambil penekanan dengan mengadakan kelas tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kelas berkenaan adalah menaip semula cerita Sang Buaya dan Kancil yang dipaparkan melalui projektor. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan bahayanya buli siber yang semakin parah di negara kita. Seramai 3 orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PIK telah menyertai kelas berkenaan. Kelas itu telah berlangsung selama setengah jam daripada pukul 3.30 petang sehingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali