Menilai Sumber di Internet

6 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

PI Sibuti telah mengadakan taklimat advokasi berkenaan tajuk menilai sumber di internet. Tujuan taklimat ini untuk memberi pendedahan berkenaan kaedah mencari maklumat dengan betul di internet. Disamping itu, peserta dapat memahami perbezaan di antara pembohongan dan kebenaran serta fakta dan pendapat. Taklimat ini juga membolehkan peserta mengenal pasti garis panduan bagi menilai kredibiliti kandungan di Internet.

Pada masa yang sama, para peserta telah mendengar menonton tayangan video dengan tajuk Marine Fish and Baju Kurung (Part 1). Peserta juga melakukan aktiviti menjawab soalan secara lisan selepas taklimat. Aktiviti ini telah diadakan di bilik latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama 2 jam. Seramai 8 orang peserta yang telah menyertai aktiviti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali