Train the Trainer (TTT) : Basic Shopee Seller Course 11.11.2020

12 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 dan 11 November yang lepas, Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti telah menjalankan latihan e-dagang yang lebih menjurus kepada perniagaan di Aplikasi Shopee. Shopee merupakan salah satu platfom perniagaan secara atas talian yag semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini. Situasi tersebut telah membuka ruang kepada komuniti untuk menceburi bidang perniagaan atas talian untuk menambah pendapatan atau memperluaskan lagi perniagaan mereka.

Tambahan pula, pihak kerajaan juga menyarankan para perniaga untuk mula berniaga atas talian bagi membendung penularan wabak Covid-19. Terapat beberapa topik yang telah diketengahkan semasa latihan berkenaan seperti cara-cara membuka akaun shopee, memuatnaik produk, menyediakan kedai, pemasaran, dan proses penjualan. Latihan tersebut telah berjalan selama 4 jam yang bermula pada pukul 9 pagi sehingga 1 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali