Kad Pop Up: Hari Malaysia
27 September 2020 | Aktiviti TerkiniBersempena Hari Malaysia, PI Sibuti telah mengadakan kelas tutorial kad Pop Up untuk meningkatkan kemahiran kendiri peserta. Kad pop up merupakan kad versi 3D yang dibuat secara berasingan dan kemudian digabungkan menjadi satu. Apabila kita membuka kad pop up tersebut, objek atau elemen akan terkeluar dari dalam kad itu dan muncul berbentuk 3D.
Perkara ini secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran diri peserta membuat kad secara lebih kreatif. Sebelum bermulanya kelas berkenaan, para peserta didedahkan dengan bahayanya penyebaran maklumat palsu di laman sosial. Secara signifikannya, maklumat palsu boleh mencalarkan imej seseorang individu. Seramai 3 orang kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun yang juga merupakan ahli berdaftar telah menyertai kelas tersebut. Kelas berkenaan telah berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 10 pagi sehingga 11 pagi. Kelas berkenaan telah diadakan di bilik latihan PI Sibuti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: