Kelas Advokasi: Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
8 November 2020 | Aktiviti TerkiniPIK Sibuti telah mengadakan kelas avokasi yang bertemakan Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong. Kempen ini telah dicetuskan untuk mengekang penularan maklumat palsu. Pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil langkah melancarkan kempen tersebut untuk memupuk masyarakat supaya beretika di dalam menyebarkan maklumat atau sesuatu berita.
Terdapat lima (5) teras kempen berkenaan iaitu beringat bila bercakap, bercakap benar, bijak menilai, meluahkan pendapat berasarkan fakta, dan memberi pandangan tanpa menyebarkan kebencian. Kelas tersebut telah dilangsungkan melalui Facebook Page PIK Sibuti dan telah berlangsung selama setengah jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: