Tutorial Suntingan Gambar: GIMP
14 November 2020 | Aktiviti TerkiniTutorial suntingan gambar menggunakan aplikasi GIMP telah diadakan pada 13 November secara atas talian menggunakan “Streamyard”. Kelas tersebut diadakan adalah bertujuan untuk menerangkan cara-cara mengedit gambar secara asas menggunakan GIMP. Sebelum bermulanya kelas berkenaan, peserta diberi penerangan tentang perbezaan diantara perisian dan juga aplikasi.
Perisian dan apliakasi sangat berkait rapat antara satu sama lain dimana kedua-duanya merupakan elemen dalam komputer. Manakala GIMP atau GNU Image Manipulation Program adalah aplikasi untuk manipulasi grafik. GIMP adalah aplikasi sumber terbuka untuk mengolah grafis Bitmap. GIMP dapat dimanfaatkan untuk membuat grafik dan logo, mengubah resolusi dan memotong foto, mengubah warna, menggabungkan pelbagai gambar dan sebagainya. Kelas tersebut telah dilangsungkan melalui Facebook Page PIK Sibuti dan telah berlangsung selama setengah jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 10.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: