Kelas Membuat Risalah Perniagaan

7 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2020, PIK Sibuti telah mengadakan kelas membuat membuat risalah perniagaan. Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta kaedah membuat risalah perniagaan menggunakan Microsoft Word. Menerusi kelas ini, peserta dapat mempelbagaikan kaedah pemasaran produk mereka iaitu dengan memberi risalah secara terus kepada pelanggan ataupun digunakan semasa promosi di media sosial.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa kelas ini adalah peserta diajar untuk membuat risalah dan memasukkan gambar produk mereka. Peserta juga diajar cara membina ayat promosi produk untuk diletakkan di dalam risalah tersebut. Kelas ini telah berlangsung selama 30 minit bermula pada pukul 2.30 sehingga 3.00 pagi. Seramai dua orang peserta yang telah menyertai kelas ini. Kelas ini telah diadakan di bilik latihan PIK Sibuti dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali