Kelas Membuat Jadual Harian

7 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2020, PIK Sibuti telah mengadakan kelas membuat jadual harian. Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta kaedah membuat jadual menggunakan Microsoft Word. Kelas ini juga dapat membantu peserta dalam membuat pembahagian masa terutamanya pelajar sekolah yang kini tidak ke sekolah agar masa mereka digunakan dengan sebaiknya.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa kelas ini adalah pengenalan kepada komputer dan penggunaan Microsoft Word. Peserta juga telah membuat jadual sendiri dengan bimbingan daripada staf PIK. Kelas ini telah berlangsung selama 30 minit bermula pada pukul 10.30 sehingga 11.00 pagi. Kelas ini telah diadakan di bilik latihan PIK Sibuti dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali