Kelas Animasi (Augmented Reality)

6 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan kelas animasi (Augmented Reality) pada 5 Januari 2019. Objektif utama kelas ini untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan penggunaan augmented reality (reality yang ditambah) melalui aplikasi Quiver. Pada masa yang sama, peserta juga turut diberi pendedahan kepentingan melayari internet dengan selamat melalui taklimat ringkas dan tayangan video advokasi dan KDB. Kelas tersebut telah diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama 3 jam. Seramai 11 orang peserta yang telah menghadiri kelas tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali